Ahad, 14 Ogos 2016

DEFINISI TANAH DAN HARTANAH


DEFINISI TANAH MENGIKUT UNDANG-UNDANG
Undang-undang tanah Negara pada amnya bersandarkan kepada Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). Dibawah seksyen 5 kanun berkenaan definisi tanah adalah sebagaimana berikut:
Tanah termasuklah:
a.    Mukabumi dan semua benda yang menjadikan mukabumi itu seperti batu dan pasir
b.    Tanah di bawah permukaan bumi dan semua benda yang terkandung di dalamnya seperti batu bata galian
c.    Semua tumbuhan dan keluaran semulajadi yang lain seperti pokok-pokok
d.    Semua benda yang melekat pada bumi sama ada di atas atau dibawah permukaan bumi
e.    Tanah yang diliputi air
Penggunaan perkataan ‘termasuk’ menggambarkan bahawa definisi ini bukan sesuatu yang ekslusif. Isu yang selalu timbul dalam memberi definisi tanah ialah menegnai perkara (d) iaitu samada ia satu lekapan(fixture) atau benda boleh alih (chattel).Jika ia adalah fixture maka menjadi sebahagian dari tanh tersebut, tetapi jika ia adalah ‘chattel’ ia tidak akan menjadi sebahagian daripada tanah.
Isu ini penting untuk diketahui:
a.    Apabila pembeli membeli tanah tersebut, penilaian yang hendak dibuat ke atas tanah akan meliputi segala perkara yang ada di atas tanah tersebut
b.    Untuk menentukan hak-hak pemegang gadaian (bank) sebagai jaminan pinjaman.


DEFINISI HARTA TANAH

Harta tanah terdiri daripada tanah, bangunan dan sumber-sumber di atasnya. Ia termasuklah rumah kediaman atau bangunan yang didirikan di atas tanah. Tanah atau tanah kosong bermaksud tanah yang digunakan untuk tempat letak kereta, kawasan hijau untuk mengindahkana bandar, tanaman rumput atau tanah untuk pembangunan dan perindustrian