1. DEFINISI PASAR
Pasar
merupakan tempat bagi penjual dan pembeli bertemu untuk malukan urusniaga serta
penentuan paras harga melalui kuasa pasaran iaitu faktor permintaan dan
penawaran ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan.
2. CIRI-CIRI PASARAN HARTANAH
1.
Pasaran Harta Tanah Tidak Sempurna
Ini
dapat dilihat dalam penentuan harga yang tidak stabil yang memberi gambaran
bahwa pasaran juga tidak stabil.
2.
Tiada Pasaran Rasmi
Pasaran
rasmi antara penjual dan pembeli tidak diwujud kerana harta tanah bukan boleh
alih dan ini akan memberi kesan kepada butir-butir urusniaga.
3.
Lokasi
Penawaran
dan permintaan akan berbeza di lokasi yang berbeza. Ini menyebabkan
ketidakstabilan harga. Ada lokasi yang mempunyai tawaran yang rendah dan
permintaan tinggi dan tentulah harga yang akan diberi nilai adalah tinggi.
4.
Jenis Kegunaan Tanah
Permintaan
terhadap harta tanah bergantung kepada jenis tanah dan kegunaan. Tanah
kediaman, pertanian dan perusahaan mempunyai permintaan yang berbeza.
5.
Keanjalan Silang (barang pelengkap)
Keanjalan
silang adalah konsep permintaan apabila sesuatu barangan atau perkhidmatan yang
lain. Contohnya permintaan kepada rumah kediaman akan meningkatkan permintaan
terhadap taman permainan, kedai dan pusat rekreasi.
3. FUNGSI PASARAN HARTANAH
1. Mengawal pasaran hartanah di dalam
pasaran pada sesuatu masa
2. Mengagihkan harta tanah yang sedia ada
di pasaran atau yang akan masuk ke dalam pasaran kepada pembeli atau
bakal-bakal pembeli
3. Mewujudkan pola harga dan sewa agar
sesuatu harta tanah bagi mencapai tahap kegunaan yang optimum dalam jangka
panjang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan