Isnin, 19 September 2016

PENGENALAN PENGUKURAN TANAH


1. DEFINISI UKUR
Ukur ditakrifkan sebagai ‘suatu cara mengambil pandangan secara am dengan mencerap dan mengukur untuk menentukan sempadan, saiz, kedudukan, kuantiti, keadaan, nilai dan sebagainya bagi bangunan, lading, lombong dan lain-lain.
Definisi ini meliputi kerja-kerja juruukur penilaian, juruukur bahan, juruukur bangunan, perlombongan, juru ukur tanah dan lain-lain.
Meskipun berbeza dari sudut proses kerja namun kesemua jurukur akan memberi output yang sama iaitu suatu persembahan data ukur dalam bentuk yang sesuai.

2. PROSES UKURAN

Pengukuran tanah terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu:

1. Mengambil Pandangan Secara Am
Definisi bahagian ini adalah penting kerana ia menunjukkan keperluan untuk memperoleh sesuatu gambaran secara menyeluruh tentang apa yang dikehendaki sebelum sebarang jenis kerja pengukuran dapat dijalankan. Dalam ukur tanah, bahagian ini boleh didapati semasa membuat peninjauan.

2. Cerapan dan Pengukuran
Dalam ukur tanah, definisi ini bermaksud membuat pengukuran bagi menentukan kedudukan realtif dan saiz butiran semulajadi dan butiran buatan manusia di atas muka bumi.

3. Persembahan

Dalam sebarang jenis ukuran, data yang telah dikumpulkan mestilah dipersembahkan dalam bentuk yang membolehkan maklumat diterjemahkan dengan jelas dan mudah difahami oleh semua. Persembahan tersebut boleh dalam bentuk laporan bertulis, bil kuantiti, kepingan data, lukisan dan sebagainya. Ukur tanah, peta dan pelan menunjukkan butiran ukur tanah akan dikaji lagi dengan mendalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan